BIJAK SOROF
Hafal • Faham • Praktik
Kuasai asas Sorof langkah demi langkah melalui penerangan visual, formula mudah ingat, interaksi dan latihan.
i-Tasrif
أَهْلًا وَسَهْلًا! هَيَّا نَتَعَلَّمْ مَعًا. Saya Ustaz Amin. Selamat datang ke Bijak Sorof! Jom belajar melalui Hafal, Faham dan Praktik. Cuba juga i-Tasrif! Putar roda, dan perhatikan perubahan kata. Sedia? Mari kita mulakan!
HAFAL
🌱 AKAR → ⚖️ WAZAN
Kenali istilah asas, kata akar dan wazan utama melalui kad memori yang jelas.
FAHAM
⚖️ WAZAN → 🔄 TASRIF
Fahami hubungan wazan dengan perubahan bentuk fi'il, isim serta imbuhan maknanya.
PRAKTIK
🔄 TASRIF → 💡 MAKNA
Gunakan tasrif untuk memahami pembentukan ayat, semakan jadual dan analisis teks Arab.
Formula Mudah Bijak Sorof
Empat langkah rujukan asas untuk membantu analisis perkataan dalam pembelajaran Sorof
A — AKAR
“Apakah huruf asal perkataan ini?”
Mengenal pasti 3 huruf asas (fa', 'ain, lam) yang membina maksud pokok.
W — WAZAN
“Apakah timbangannya?”
Memadankan perkataan dengan timbangan mizan sorfi iaitu ف - ع - ل.
T — TASRIF
“Bagaimana bentuknya berubah?”
Melihat anjakan bentuk: madhi, mudhari', amr, masdar mahupun pecahan isim.
M — MAKNA
“Apakah makna atau fungsinya?”
Memahami kesan perubahan acuan wazan terhadap tujuan maksud perkataan.